18 May 2013

Selamat Hari Pendidik

Guru..
Mulianya bukan pada harta
Juga wang ringgit berjuta-juta
Hidupnya sederhana
Siang mendidik malam berdoa
Moga jaya bersama pelajarnya

Guru..
Kadang-kadang terasa
Hati memujuk penuh cinta
Senyum terukir walau terluka
Ikhlas hadir tanpa dipaksa
Marah diluah tanda cakna

Guru..
Bukan mengharap sanjungan sedunia
Cukuplah doa penuh setia
Moga pahala menghapus dosa
Moga kebajikan menambah mizannya
Bertemu Robb dalam mulia

Guru..
Hinaan dan kutukan diterima seadanya
Biasalah manusia temannya lupa
Tidak diharap dibalas jasa
Kerna Tuhannya sentiasa ada
Semoga syurga menjadi tempatNya

By : Khaliza Yunus
15 Mei 2013
9.05 pm

Alhamdulillah, dah masuk tahun ketiga bergelar guru, bergelar pendidik, bergelar ustazah. Bukan mudah rupanya profesion perguruan ini. Memahami manusia dan membentuk manusia menjadi hamba Allah yang soleh bukan satu tugas yang enteng dan mudah. Malahan ianya lebih susah jika diri sendiri juga masih belum mencapai kedudukan hambaNYA yg soleh. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Selama 3 tahun, diri belajar pelbagai perkara. Pengalaman hidup yang tidak diajar di dalam bilik darjah. Yang tidak ditulis dan dibukukan di mana-mana buku.

Pernah orang bertanya.. "seronok ke jadi cikgu?".. Alhamdulillah, jawapan saya seronok dan saya suka jadi pendidik. Syukur. kerana sedikit sebanyak profesion ini mengajar erti sabar, tabah, kasih-sayang, tanggungjawab, menghargai masa, ukhuwwah malah banyak lagi nilai yang tidak diceritakan dengan kata-kata. Mungkin tidak adil jika saya kata, kalau nak tahu seronok atau tak, jadilah cikgu dulu...hehe. Minat dan tanggungjawab bergabung menjadikan diri kuat. Walaupun bebanan guru sekarang lebih kepada dokumentasi sehinggakan masa mendidik dan membentuk pelajar itu kian kurang, walaupun mata lebih kerap mengadap skrin komputer dan tulisan pelajar yang pelbagai bentuk, namun diri masih lagi kuat.

Setiap kali sujud, sering berdoa agar hati terus istiqamah dalam kerjaya ini.kadang-kala alpa, leka tapi ingatkan juga kembali diri akan tanggungjawab yang kian berat. Dan semoga Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan utk terus bergelar Ustazah Khaliza.


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK..
GURU-GURUKU DI SK KUMAI, SMAC,MCIIUM,IIUM
ADIK-BERADIKKU YG BERGELAR GURU
SAHABAT-SAHABATKU
SEMOGA PROFESION INI BUKAN SEKADAR PROFESION, TETAPI MENJADI SAHAM UTK KITA KE SYURGANYA. IKHLASLAH MENDIDIK.SEMOGA JARIAH ILMU INI MENYELAMAT KITA DI SANA.
CONTOHILAH GURU YG PALING MULIA KITA RASULULLAH SAW, SEMOGA KITA JUGA MENJADI PENDIDIK YG MULIA DI SISINYA
Hadiah Hari Guru Tahun ni =)

   
خاليزا يونس

Sunway Pyramid..Tunai Janji..=)

 Assalamualaikum..
12 Mei 2013..menunaikan janji kepada anak-anak homeroom. Konon-konon nak pergi dua tempat, tapi atas sebab-sebab tertentu yg tak dapat dielakkan maka kami decide nak pi satu tempat jek.of cozlah yg dipilih oleh anak-anakku ialah sunway pyramid heh heh. nak seronok la katakan. lepas tension b4 exam. Puas berjalan, bertemankan sahabat saya merangkap homeroom berkembar, jam 3 kami bertolak pulang. Alhamdulillah, dapat tunaikan janji nak bawak jalan setelah tertangguh berkali-kali. Biar gambar menceritakan segalanya..

Boys...




Girls...

kids...

Warna warni kami di sini....

Termenung jauh......

anakanda aibaq

My sahabat Shu a.k.a penasihat homeroom berkembar

خاليزا يونس

11 May 2013

Menjaga Maruah Diri

Assalamualaikum..

Dah lama nak update gambar ni, tp tak sempat.Alhamdulillah, hr ni berkesempatan nak update. Hasil kerja anak-anak pelajar saya.

Tajuk : Menjaga Maruah Diri
Tingkatan : 207

Oleh : Aimi dan Syelanie

Oleh : Balqis dan Aufa

Oleh : Farzana

Oleh : Fatin dan Durrani

Oleh : Athirah dan Haziqah

Oleh : Izzah dan Nabila

Oleh : Mimi dan Khaty

Oleh : Najihah dan Diana

Oleh : Puteri dan Farah

Oleh : Raja dan Nasirah

Oleh : Sarah dan Izzah

Oleh : Syarifah dan Aizza

Oleh : Akmal nabilah dan Akmal Nadzirah

Oleh : Asfa dan Irene

خاليزا يونس



10 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum..

Selesai sudah pilihanraya umum ke 13. Kalau dulu, mak selalu pesan, "jgn libatkan diri dgn apa-apa aktiviti politik, belajar jek". Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan study dgn cemerlang.
Dulu tidak ambil peduli pun bab-bab politik ni. apa maksud DUN? apa itu PARLIMEN? apa itu MAJORITI? apa itu UNDI POPULAR? Siapa PAS? Siapa UMNO? tak ambil tahu. Bayangkan, sudah berumur 28 tahun, kali pertama mengundi hehe. Bukan taknak ambil peduli, tapi biarlah otak ni tumpu kepada menuntut ilmu dan menjadi cemerlang utk ibu dan ayah. Kadang-kadang kagum melihat sahabat-sahabat semasa di UIA dulu hebat membahagi masa antara belajar dan tugas "tidak hakiki" mereka. kadang-kadang terasa jugak nak join, tp bila teringat nasihat mak, niat itu dibuangkan jauh-jauh.

Tahun ini berkesempatan mengundi, turut sama dalam memilih pimpinan negara. Saat jari dicalit, rasa berdebar di dalam hati ini. Macam nak exam pulak kan. Tapi sungguh, bukan mudah membuat pilihan yang tepat. Pilihan yg tidak akan mengecewakan rakyat dan boleh berkhidmat dgn baik dalam kawasan taklukannya. Teringat kisah seekor burung yang bertungkus-lumus mengangkut air menggunakan paruhnya yang kecil utk memadam api yg membakar Nabi Allah Ibrahim AS. Bila ditanya kerana kerjanya itu sia-sia, jawab burung tersebut " Aku tidak sanggup menghadapi kesukaran tatkala di tanya oleh Allah kelak, apakah sumbanganmu di saat Nabi Ibrahim dibakar". Ya, setiap undi kita ada kesan yang bakal memberi kita pahala ataupun dosa. Dengan lafaz Bismillah, aku pangkah dgn harapan pilihanku itu direhai Allah.

Mutakhir ini, isu politik digembar gemburkan dalam dunia tanpa sempadan. TV, Radio, Facebook, Twitter, Blog, Web, Whatsapp, Line, Google dan macam-macam lagi sumber. Kita perlu bijak menilai dan membuat perhitungan. Jangan terpedaya dengan cerita dan fitnah tanpa sumber yang benar semata-mata. Dibimbangi kita juga tergolong dalam mereka yang menyebarkan kepalsuan dan sekaligus membawa kita ke lembah dosa. Ya, dosa bkn sekadar meninggalkan ibadah yang wajib. Kita perlu sentiasa berwaspada. Kata-kata kesat dan hinaan digunakan tanpa segan silu. Tanpa memikirkan perasaan dan rasa insan lain. Kadang-kadang sedih, bila buka facebook, lihat di wall anak-anak pelajar yang baru setahun jagung, pelbagai kata-kata kesat yang digunakan.
"Isu politik masih lg dibicarakan. Melihat wall bekas pelajar-pelajar sy yg menggunakan bahasa kesat dan menghina, ini nasihat saya utk anda.

Politik ini luas dan memerlukan kefahaman yg luas. Ya,mmg kita perlu tahu,perlu kaji. Tetapi bkn utk menghina@membenci sesiapa. Itu bkn ajaran yg dianjurkan oleh Islam. Perlu adil mengamati. Jika tiada ilmu atas sesuatu isu, lebih baik diam dr menambah dosa. Mungkin umur anda belum dpt memahami apa yg tersirat dan tersurat di sebalik sistem politik negara. Perjalanan anda masih jauh dan akn smpai masa anda jg menjadi sebahagian drpd penentu masa depan negara. Berbicaralah berdasarkan ilmu dan fakta yg benar, bkn sekadar khabar angin dan fitnah semata. Jgn kerana fanatik kpd sesebuah parti, kita bergaduh sesama saudara. Urusan pentadbiran biarlah yg layak menguruskannya. Bagi anda, berjuanglah untuk menjadi umat Muhammad yg cemerlang demi agama,bangsa dan negara. Mantapkan sahsiah dan ilmu krn andalah yg akan memimpin negara suatu hari nanti. Sebagai rakyat, ambillah tahu tetapi jgn melebihi yg sepatutnya. Sebagai pelajar, laksanakanlah amanah anda utk belajar dan mencari ilmu sebanyaknya. Hanya dgn ilmu itulah nanti anda hebat memimpin diri, keluarga, masyarakat dab negara. Wallahu 'Alam.."
Petikan nasihatku buat mereka yg aku coretkan dalam facebook.

Sebagai rakyat, aku ucapkan tahniah kepada yang berjaya menjadi pemerintah. Ingatlah, menjadi pemimpin bukannya mudah, ianya amanah yang sangat berat. Berjuta rakyat menjadi tanggungan pemimpin. Harapanku, siapa pun pemimpin itu, moga nasib rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik dapat dibela. Jurang antara yang kaya dan miskin dapat dikurangkan. Islam diangkat tinggi, bukan sekadar ketika majlis atau kebesaran Islam sahaja. Dan semoga Allah memberi keberkatan kepada bumi MALAYSIA ini. Aku sayang agamaku ISLAM, aku sayang negaraku MALAYSIA, dan aku sayang saudara seISLAMku.

Wallahu 'alam

خاليزا يونس

Dosa dihapus, Pahala diganda


Allah Maha Adil
Baik dan buruk amalan kita 
Pasti dihitung olehNYA 
Yang halal dihisab 
Yang haram diazab 
Yang baik pahala berganda 
Yang buruk balasan dosa

Allah Maha Pengasih 

Pahala dikira semaian iman 
Tidak akan berkurangan 
Malahan dilipat gandakan 
Walau sekadar niat tanpa amalan

Allah Maha Pengampun 

Dosa dikira usai amalan 
Tidak diganda adil hitungan 
Malahan dihapus dek nasuha berpanjangan 
Bukti kasihNya kpd insan



خاليزا يونس

Doaku....

Ya Allah..
Terimalah kebaikan yang kami kerjakan untuk kami mencapai redha dan syurgaMU.. 
Hindarkan kami dari kejahatan dan dosa yang bisa menghumban kami ke nerakaMU.. 
Kami hambaMU yang lemah.. 
Kami hambaMU yang hina.. 
Kasih sayang dan ihsanMU sahaja yang kami harapkan..

Ya Ghafur...

Ampunkan segala kesalahan dan dosa kami... 
Samada yang kami sedari ataupun tidak.. 
Jadikan kami hamba yang sentiasa bersandar kepadaMU.. 
Jangan ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri Ya Allah..

Ya Rahim.. 

Kasihanilah kami yang lemah ini.. 
Tetapkan hati kami pada jalan agama dan ketaatan terhadapMU.. 
Hindarkan kami dari fitnah dunia.. 
Kebaikan yang kami lakukan hanya keranaMU dan redhaMU sahaja yang kami harapkan...
Aamin Ya Rabbal 'alamin...



خاليزا يونس

Cukuplah ALLAH bagiku dan bagimu


Allah adalah sebaik-baik Pelindung dan Pembela.
Cukuplah Allah bagimu. 
Cukuplah Allah bagiku. 
Cukuplah Allah bagi kita semua.
Di saat kita lemah, tidak berdaya, tiada kekuatan, tiada sesiapa dapat membantu. 
Di saat kita kesempitan, terasa sudah tiada harapan. 
Percayalah padaNya, yakinlah akan qudratNya dan ketentuanNya. 
KuasaNya mengatasi segalanya.
Ajal dan maut ketentuanNya. Bila dan bagaimana juga ketentuanNya. 
Kita hanya mampu berdoa dan meminta, baiklah caranya. 
Tatkala pahala sudah mengatasi dosa banyaknya. 
Tatkala taubat dan nasuha sudah sebati terlaksana. 
Tatkala kemaafan dan keampunan sudah dilafaz sempurna. 
Jangan sesekali berputus asa. 
Ujiannya tarbiyah buat kita. 
Apakah kita akan sabar atau sebaliknya. 
Moga Allah sentiasa bersama kita.



خاليزا يونس