26 March 2013

Kenangan....sukar dilupa


27 Mac 2013
Assalamualaikum..
Petang tadi menguruskan urusan pengecualian bayaran balik ptptn (harap-harap dapat huhu) di pejabat pos. Bagi insan yang biasa menggunakan perkhidmatan online agak kekok bile sekali sekala perlu ke pejabat pos. Masuk dalam tu..berdiri tegak (bayangkan…) tak tahu nak buat ape. Dgn ramainya umat manusia dalam tu. Last-last tanya kat akak kaunter tu. Bagi perkhidmatan pos laju kena ambil nombor giliran. Parahhh….ramai pulak tu. Mak bonda dah menunggu di luar huhu.
Takpelah..macam biasa, menjadi feel dari dulu lagi..bila saya menunggu di tempat yang ramai orang, saya akan memerhatikan mereka. Gelagat mereka. Bukanlah tenung sorang-sorang.Nanti orang kata saya gila pula. Tapi, memerhatikan sesiapa yang menarik perhatian saya terutama yang betul-betul berada di hadapan saya.

Masuk seorang remaja. Saya kira pelajar lepasan SPM atau STPM dan setaraf..=). Sebab dia sibuk mengisi borang dan membuat pos ekspres. Membawa beg lambang MARA. Teringat pulak masa mohon masuk universiti dulu. Zaman sekarang semua menggunakan online. Kasihan kepada mereka di pedalaman atau yang tidak punya internet di rumah. 10 tahun yang lalu (zaman sayala tu), memohon masuk ke universiti sesuatu yang memeningkan dan memenatkan. Borang secara hardcopy, tebal. Satu borang satu lagi syarat kemasukan. Kena isi secara manual, menggunakan pen hitam. Dan perlu di fotostat sijil, diesahkan dan dihantar ke bahagian pengajian tinggi MOHE. Wahh..tak ingat sebenarnya bagaimana ke pejabat pos, bagaimana membeli setem dan sebagainya. Tapi semestinya insan yang banyak membantu dan menyokong adalah mak dan ayah. Itula kenangan 10 tahun yang lalu. Tak senang kan nak menuntut ilmu…=)

Selang beberapa ketika masuk pula seorang remaja lelaki. Ingin memperbaharui lesen motor. Terus memori menangkap satu babak dalam kepala. Bagaimana saya mengambil lesen menunggang motor dan lesen kereta. Semuanya ketika belajar. Tidak memerlukan modal beribu-ribu untuk lesen sbb menggunakan harga pelajar. Alhamdulillah, umur 21 saya memperoleh lesen pertama saya walaupun lambat berbanding dengan remaja zaman sekarang yang sudah punya lesen (kebanyakannyalah) dalam usia 18 tahun.
Sebenarnya..bila merantau dan bermusafir, banyak sangat kenangan yang muncul dalam kepala. Cuma hendak diceritakan satu persatu, rasanya tidak mudah dan tidak perlu. Kenangan manis dan pahit selama bergelar insan yang hidup sudah 28 tahun kini. Tidak diketahui berapa lama lagi nilai usia ini, namun segala kenangan yang tercipta menjadikan diri ini seperti hari ini. Kenangan pahit dan manis, kenangan suka dan duka yang mendewasakan diri dan fikiran. Ianya sesuatu yang sangat bernilai dan tidak mampu diganti oleh apa pun.

Semoga kenangan itu akan terus menjadikan diri ini kuat.In shaa Allah.


خاليزا يونس