19 January 2013

Istimewanya insan bergelar kanak-kanak...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..terima kasih Allah..I Love YOU ALLAH!!!

Minggu ni berpeluang pulang ke Felda Kumai (kg sayala tu).Ingat dulu ms kanak-kanak, bile sebut balik kg, yang dimaksudkan "kampung" itu ialah kg mak dan ayah a.k.a rumah tok di Chenor. Tapi dah jadi remaja tua ni, bile sebut balik kampung, mestilah yang dimaksudkan balik rumah mak ayah tercinta tempat membesar dan menakal (ada ke perkataan ni hehe) di sini.Kalau nak cerita zaman kanak-kanak, rasanya tak habis nak cerita..hehe.

Ok..berbalik kepada ceritaku minggu ini. Balik kg kali ni ditemani kanak-kanak riang Aqilah dan Atikah. Tak sangka pulak nak ikut makjang dia balik kampung. Nak jumpe tok katenye..EXCITED!! hehe. Tak pernah lagi bawak diorang naik kete saya jalan jauh.risau jugak, tp seronok. ade teman hehe.

Dalam perjalanan, mmg macam2 cerita keluar. sy melayan sambil memandu. mata sebenarnya berat. kalau takdak depa, mau pejam dah rasenye huhu.Saya sebenarnya takjub dgn anak sedara saya yang sorang ni.. Aqilah.. terserlah kebijaksanaan ketika dia petah berkata-kata. Saya pasang zikir MSQ.mmg ini first time die dgr CD tu. tapi, alhamdulillah, setiap alunan zikir dalam cd tu dia boleh ikut. die dgr 2 3 kali, die dapat ikut dan ulang. Ada satu track, yang bila hadis dibaca, dia dapat teka doa apa yang bakal berkumandang, cm rentak yang die belajar berbeza dgn nyanyian CD td. Ayat dia " kakak belajar doa ni kat sekolah"..
Alhamdulillah..semoga kekal ilmu yang dipelajarinya dalam benaknya sehingga dewasa..

Ya..itulah istimewanya kanak-kanak. Punya ingatan yang kuat. Jika diselusuri perjalanan ilmuan-ilmuan Islam, mereka diajarkan dgn ilmu al-Quran dan hadis sejak kecil sebelum mereka menjadi pakar dalam lapangan ilmu masing-masing. Sejak kecil, sudah hafaz al-Quran. Tidak hairanlah mereka menjadi manusia yang hebat dan disegani manusia. Alangkah indahnya, jika ibubapa sekarang menggunakan kaedah yang sama. Di peringkat awal episod hidup anak-anak mereka, sudah diajar dengan al-Quran dan hadis, kerana jiwa mereka sangat suci ketika itu, senang sahaja menerima apa sahaja ilmu yang diberi.

Mutakhir ini, sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kanak-kanak di ajar menyanyi dan menari di atas pentas (rancangan realiti kan banyak sekarang) berbanding mengaji dan belajar tajwid. Alangkah ruginya kita jika generasi harapan kita di masa depan di ajar ilmu-ilmu yang begini. Adakah dgn ilmu ini bisa membantu mereka berjuang di tanah air sendiri kelak??Tepuk dada tanyalah diri..Dan yang paling sedih, kebanyakan kanak-kanak yang menyertainya adalah kanak-kanak Islam...huhuhu.

Saya sangat suka melihat kanak-kanak yang petah mengaji, berzikir..sejuk perut ibu yang mengandung kanak-kanak yang begini. Anak-anak pelajar saya juga ramai yang begini, tp tidak kurang jgk ramai yang tidak pandai mengaji. Sedih dan pilu hati. Saya membantu setakat yang saya mampu, In shaa Allah..

Saya sangat berharap anak-anak saya kelak pengahafaz Quran semuanya..(Bilalah agaknya tu yer hehe). In shaa Allah..semoga mereka menjadi pembela saya di akhirat kelak, insan yang baaaaanyak dosa ini...huhu.

Alhamdulillah..
Semoga memberi manfaat..
Bertemu lagi di post yang akan datang..


خاليزا يونس

13 January 2013

13 Januari 2013...Tarikh itu...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..terima kasih Allah..I Love U ALLAH..

13 Januari 2013..

Alhamdulillah..masih diberi pinjaman nyawa untuk terus berada di bumi ALLAH yang amat indah ini. Hari ini pagi2 lagi dah beriadah bersama sahabat-sahabat yang tersayang. Dah lama sebenarnya saya tak beriadah bersama mereka. Alhamdulillah, ALLAH memberi saya merasa nikmat bersaudara dan berukhuwwah. Di samping dapat menyihatkan badan yang agak tidak sihat ini.

Semakin hari semakin terasa kasih-sayang yang ALLAH kurniakan..Bagaimana kita membalas kasih-sayang itu..??ya..jagalah amanah yang DIA berikan dengan sebaiknya..tubuh badan dan minda yang cergas perlu dijaga. Saya menanam azam, ni kira boleh masuk azam 2013 la kot, nak bersukan dan beriadah..aktiviti yang sepatutnya saya lakukan sejak dulu hehe. Kekangan masa banyak menghalang diri daripada bersifat rajin ke arah itu. Alhamdulillah, moga2 ALLAH memberi kesempatan dengan azam itu..menjaga jantung dan hati yang sejak akhir-akhir ini semacam menguji kesabaran dan ketabahan..

With intan & nailah
Pemandangan waktu pagi MRSM Felda

Hari ini sebenarnya merupakan satu tarikh yang tak mungkin dilupakan oleh saya dan keluarga..Genap 2 tahun peristiwa itu berlaku, peristiwa pahit yang hikmah di sebaliknya menguatkan kasih-sayang antara saya dan adik-beradik saya. Peristiwa kemalangan yang melibatkan ayah, mak, cicit dan adik, membawa ayah kepada episod hidup yang sukar baginya, terlantar selama setahun tanpa boleh melakukan apa-apa. Bukan nak mengenang peristiwa itu, cuma ia sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga. Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian punya hikmah yang Alhamdulillah, ALLAH benarkan kami merasainya. Pada saat ini, saya mmg sangat2 rindukan mak dan ayah saya. Terima kasih YA ALLAH, kerana KAU masih berikan aku peluang merasai kasih-sayang mereka lagi.

Keluarga saya..I LOVE U ALL..=)
Alhamdulillah..Saya Sayang ALLAH..terima kasih ALLAH...=)

Berjumpa lagi di post yang akan datang..
Hargailah mereka yang tersayang di sekeliling anda, walau siapa dan bagaimana sekalipun mereka..
Ikhlaslah dalam berkasih sayang..in shaa ALLAH..kasih-sayang ALLAH bersama kita..

SYUKUR ALHAMDULILLAH...
خاليزا يونس

8 January 2013

Aku Sayang ALLAH..Aku rindu ALLAH..Aku Cinta ALLAH


Bismillahirrahmanirrahiim...

Andainya..
Diriku bisa seperti yang lain..
Yang KAU sayang..
Yang KAU rindukan..
Yang KAU cintai..
Aku lemah..
TanpaMU aku lelah..
Aku sungguh tak berdaya..
Tolongku..tolongku..Ya ALLAH..
Setiap air mataku mengalir..
Allah aku lemah dan tak beerti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku sayang ALLAH..
Aku rindu ALLAH..
Aku cinta ALLAH..


Meraih cinta Allah adalah impianku..Rasa rugi kerana baru sekarang kusedar aku amat kurang menyintainya..Diri selama ini lalai, alpa, sambil lewa terhadapNYA..namun, DIA tidak pernah membiarkanku..DIA berikanku kesenangan, kasih-sayang dan kebahagiaan yang kusangka datangnya dari usaha sendiri..Ya Allah..alangkah berdosanya aku..alangkah sombongnya aku..
Ya Allah..aku bersyukur, kerana KAU memilih aku untuk lahir ke dunia ini dalam agamaMU yang suci ini..
Ya Allah..aku bersyukur, kerana KAU masih memberikanku pinjaman nyawa untukku terus berada di dunia ini mencari harta perbendaharaan buat bekalanku di sana..
Ya Rahim..aku bersyukur, kerana KAU letakkan aku sebagai umat KekasihMU yang Kau cintai..
Ya Rahman.aku bersyukur, kerana KAU kurniakan aku mak dan ayah yang sangat penyayang, yang sangat baik, yang sangat mengambil..KAU kurniakan adik-beradik yang sangat memahami, KAU kurniakan sahabat-sahabat yang sangat baik...
Ya 'Alim..aku bersyukur, kerana KAU beri peluang kepadaku mencari ilmu..pintaku Ya Allah, agar ilmu yang perolehi ini tidak ku sia-siakan...
Ya Allah..Terima Kasih atas segalanya..Aku sayangkanMU..Aku rindukanMU..Aku Cintai KAMU..
Jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa bersyukur..
Yang sentiasa takut akan azab dan seksaMU..
Yang rindu akan syurgaMU..
Yang berani dalam agamaMU...

Aamiin Ya Rabbal 'alamin..
خاليزا يونس

6 January 2013

Tahun Baru 2013


Alhamdulillah…Terima Kasih Allah.. I Love U Allah…

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh…

Salam ukhuwah semuanya..

Jangan lupa hadiahkan al-Fatihah buat Nabi SAW, para keluarga dan sahabat Baginda, utk ibu bapa kita, diri sendiri, adik-beradik kita, guru-guru kita, sahabat-sahabat kita dan saudara seIslam kita seluruhnya… (sedang membudayakan itu di dalam diri)…

Alhamdulillah…tahun 2013 menjelma. Dan saya pasti, makin bertambah cabaran yang bakal ditempuhi. 5 hari sudah berlalu, rasanya belum terlambat utk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi.. Semoga tahun ini bakal memberikan seribu satu kenangan yang bisa mendidik diri menjadi hamba Allah yang terbaik..Tahun 2012, kita sematkan dalam lipatan sejarah kehidupan kita. Yang manis di kenang moga menjadi pembingkas semangat kita. Yang pahit, usah di sesali. Jadikan is sebagai pengajaran dan jalan untuk kita mengubah hidup kepada yang lebih baik.

Sudah lama tidak mencoret dalam laman blog ini, idea berlambak, cm masa tidak mengizinkan. Pelbagai tugas dan peristiwa menghalang diri berkarya di sini. Banyak peristiwa 2012 yang berlaku, tidak sempat dikongsikan. Kalau nak sebut satu persatu, rasanya sampai esok pun tak habis ditaip.Mungkin boleh dicatat serba sedikit peristiwa yang saya rakamkan dalam diari hidup saya..

SPM 2012…
Mengapa peristiwa ini yang saya catatkan..??ya..Adinda saya Rabiatul Addawiyah, menduduki peperiksaan SPM..ya, dia student sy, dia juga adik saya. Ada sesuatu di sebalik hidupnya yang membuatkan saya mengambil dia sebagai adik saya. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan dia dan keluarganya..memberi saya pengalaman hidup dan pengajaran yang sukar utk kita rasa..semoga ukhuwah ini diberkati dan diredhai Allah dik.. Anyway, sudah selesai pun peperiksaan SPM, sy menjadi warden bertugas sehingga tamat peperiksaan..Alhamdulillah, semoga ruby dan sahabat2nya berjaya dengan cemerlang kelak.. Aamiin..

Abangku berubah status…
Alhamdulillah..Allah cambahkan lagi keluarga saya. Abang saya Zaki Al-Jihadi, selamat dijodohkan dengan Kak Juliza Idris pada Nov yang lalu..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..walaupun malam kenduri tu hujan saaangat lebat, namun kuasa Allah, kita hanya mampu berdoa dan memohon Allah mudahkan segala-galanya..Tahniah abang..Semoga keluarga yang dibina mendapat keredaan dan kebahagiaan dari Allah..

Adikku menjadi guru…
Alhamdulillah..rezeki adikku setelah 3 tahun menunggu..akhirnya, dia diterima sebagai Guru JQAF di Kg Laut Kelantan..Semuanya telah cantik dirancang dan dilakar oleh Allah..Pelbagai usaha dilakukan, namun adik saya masih di rumah. Rupanya ada hikmah di sebalik semuanya. Tahun 2010 sewaktu ayahanda dilanda musibah kemalangan, dialah yang menjaga ayah bersama mak. Saya pernah kata padanya..”Takpelah, in shaa Allah, berkat jaga mak dan ayah, ada rezeki awak nanti”..
Alhamdulillah.. Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Adil.. Ayah saya dah pulih sepenuhnya, Alhamdulillah.. dan selepas itu, adik saya berjaya mendapat tawaran menjadi pendidik..Alhamdulillah.. Benar, kita hanya mampu merancang, namun DIA lah perancang yg paling bijaksana..
Alhamdulillah..bertambah seorang lagi pendidik dalam keluarga. Semoga terus berjaya..aamiin..

Dr. Abdul Masani in Advance..
Abang saya yang sulung baru sahaja selesai PHD dia di German. In shaa Allah, bulan Feb ni, viva nya..semoga abang berjaya, dipermudahkan olehNYA .. aamiin…
Alhamdulillah…tahun 2012, menjanjikan pengajaran dan mendewasakan diri saya yang kecil ni.ya, mmg ada impian yang tidak tercapai.Namun, saya percaya perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk diri saya. Tahun 2013..keazaman perlu ditanam.

Sebagai HambaNYA.. masih banyak yang perlu saya perbaiki. Hati dan jiwa perlu di perbetulkan kembali..menuju ke arahNYA. Melatih diri untuk terus istiqamah..

Sebagai anak … Saya akui saya bukan anak yang terbaik utk ibu dan ayah saya. Sedang cuba memperbaikinya..Redha Allah terletak pd redha keduanya. Mengubah kebiasaan yang ada pada diri menjadi yang lebih baik terhadap mereka.Saya sayang mak dan ayah..tidak dapat diukur sayang itu..hanya Allah yang mengetahuinya..Alhamdulillah..

Sebagai guru … bila diselidiki dan didalami, masih banyak kelemahan saya sebagai pendidik. Bagaimana saya mahu mengubah anak2 pelajar saya bila diri sendiri tidak berani untuk melakukan perubahan. Saya pinjam kata2 sahabat saya, ermi alias : “ seorang yang ingin berjaya perlu menerima perubahan, dan menjadi pemimpin terhadap perubahan itu”. Ya..masih banyak yg saya perlu ubah utk menjadi pendidik yang cemerlang. Ikhlas dan sabar, serta redha dan istiqamah perlu ada dalam diri. Bebanan tugas 2013 bakal mencabar semua itu.. Semoga Allah bantu saya dan kita semua..

Semoga tahun 2013 ini menjadi tahun yang membawa kenangan manis buat kita semua..

Bertemu lagi di post yang akan datang.. In Shaa Allah..

Alhamdulillah..ucapkan syukur selalu..

Terima kasih Allah..I Miss U so much Ya Allah…

Edited by my student : Muhd Syahir