11 April 2010

Sunyi dan Sepi melanda diri...

waktu konvo kak da with my beloved mak..

waktu berumur 17 tahun bersama ayah tersayang

tak tahulah kenapa, hari ni rasa tak semangat.rasa seperti keseorangan dan sunyi..maybe sbb aku sengsorang jek kat bilik guru ni..menyiapkan kerja yang tak siap-siap..tulah manusia, bila ada kelapangan waktu suka berfoye-foye dan bersuka rie..bile keje dah tertangguh, mulalah kalut nak bagi siap..mujur kerja aku masih boleh dikejar lagi..cume kemalasan melanda diri..
aku rase aku kena cari punca nak bagi pulih semangat..rindu pada ayahanda dan bonda tercinta sangat memberi kesan pada jiwa ni..aku bukanlah anak manja mak dan ayah, tidaklah terlalu rapat..tapi bile dah matang begini, rasa nak dekat jek ngn mak dan ayah..mungkin sbb mereka dah tua dimamah usia..kadang-kadang risau jika sesuatu terjadi kepada mereka tanpa aku ade di sisi mereka..namun setiap hari sentiasa mendoakan mereka, agar mak dan ayah sihat selalu, hati mak dan ayah tenang selalu, agar kami anak-anak ayah dan mak ni sentiasa menjadi penyejuk mata dan penawar hati mak dan ayah..agar kami semua dapat memberikan kebahagiaan kepada mak dan ayah, agar kami terhindar daripada melukai hati mak dan ayah...tiap detik bila berjauhan dengan mak dan ayah, hati diruntun rasa rindu yang kian hari kian menebal.
minggu ni rasa nak balik..nak jumpa mak dan ayah..harap-harap Allah beri kesempatan untuk itu..amin...

Will always love you...mak and ayah..forever!!!

9 April 2010

Banyak Perkara....



Assalamualaikum....
Rasanya dah lame tak update blog..maklumlah, kesibukan tugas seharian memaksa diri untuk menahan rasa hati nak mengadap blog..kebetulan, hari ni ada Sukan Olahraga MRSM Zon Barat..kelas takde, bolehla nak mengadap blog sekejap..

banyak peristiwa berlaku 2 3 bulan ni..bermuia yang seingat aku konvo kekanda tersayang..abg zaki. alhamdulillah, dah konvo dan dah keje pun sebagai RA sekarang..wlupun sementara, tp bolehla cari duit poket dan pengalaman..anyway tahniah buat abg zaki..moga bertambah success dan dpt jd cikgu cemerlang..insyaAllah..
baru-baru ni kami semua dikejutkan dengan berite pembedahan fadlin, kena apendiks..kesian, baru 8 tahun dah kena operate. bile aku dpt berite tu, tak senang duduk. rase buat kerja serba tak kena. hari jumaat tu, aku tekad balik jgk wlupun keje banyak tak siap huhu..tp dah balik, dah tengok die ok jek, lega rasanya..

kelmarin, zaki de dtg..menghantar motor yang aku pinjam dari kak r dan abg lang(kakak ifa). segan jugak sebenrnya, tp rase letih berjalan tu lg mengatasi rase malu tu hehe. pinjamla jgak..pada asalnya ayah nak pos CAK 1070, tp aku kesian kat ayah. tambahan pulak, baru ni ayah sakit kaki. terseliuh agaknya. jdnya, takpela pinjam motor kak r.terima kasih sangat2 dan tidak terhingga untuk kak r and abg lang (tolong renewkan roadtax huhu), juge abg zaki yang tolong anta wlupun hujan..terharu i..takpelah, nnti i dpt gaji i belanje u (harap2nya masukle gaji bulan ni huhu)