3 March 2010

Selamat Hari Kekasih…

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم
يا نبي سلام عليك
يا رسول سلام عليك
يا حبيب سلام عليك
صلوات الله عليك
Assalamualaikum..

Kepada semua..sudah lame rasenya tidak meng ‘update’ blog dek kerana ke’busy’an yang sgt2 sekarang..maklumle anak2 pelajar akan menghadapi ujian selaras 1 tak lama lagi..nile masenya guru-guru nak menghabiskan silibus yg tak habis..

Entry kali ni khas untuk sambutan maulidur rasul yang jatuh pada 26 feb 2010 bersamaan 12 rabi’ulawwal 1431 hijriah..adalah sedikit pengisian untuk pelajar-pelajar yang tinggal di maktab dek kerana jauh untuk pulang ke rumah. Kuliah maghrib leh us. Hisyam (ex-inteam), tayangan filem ‘Muhammad Utusan Terakhir’ dan juga perarakan Maulidur Rasul peringkat maktab sedikit sebanyak menghidupkan rasa cinta pada kekasih Allah. Sebut pasal kekasih, bolehlah kita katakan bahawa hari Maulud Nabi sebagai Hari Kekasih buat kita umat Islam. Bukan 14 Februari atau Hari Valentine yang diraikan oleh agama lain yang turut diraikan oleh kebanyakan umat Islam..sedih hati bila saudara seislam meraikan hari tersebut dengan pasangan kekasih masing-masing tanpa mengira halal haram perhubungan..

Malam Jumaat lepas, aku sempat mendengar Forum Bicara Ad-Din di IKIM.FM yang berbicara tentang Cinta..aku tertarik dengan 1 formula yang disebut oleh salah seorang panel jemputan forum tersebut..
CINTA..Apa itu CINTA??Cinta Ikut Nabi Taat Allah..itulah pengertian cinta dan Hubb yang sebenar..bukan ikut nafsu taat awek..bukan ikut nafsu taat ‘abang’..Cinta yang sebenar adalah kita berusaha sedaya mampu kita mengikut sunnah Rasul s.a.w dan mentaati segala perintah dan larangan Allah..Cinta yang sebenar adalah kita berusaha menjadi khalifah yang menunaikan amanah sebaik mungkin..

Sempena Hari Kekasih kita ini, marilah kita bersama-sama berselawat sebanyak yang mungkin untuk Nabi kita s.a.w.Amalan selawat bukanlah sekadar pada hari Maulidur Rasul sahaja, bahkan berselawatlah setiap masa sebagai tanda cinta dan sayangnya kita kepada Rasulullah s.a.w..apalah salahnya kiranya sambil berjalan, kita berselawat dan berzikir, sambil memandu kita berselawat dan berzikir..ingatan ini buat semua dan juga diri sendiri yang sering kali alpa dan lupa..