25 February 2010

kerjaya sebagai guru,ustazah dan warden..

alhamdulillah,masuk hari ni dah 3 minggu berada di MRSM Felda..alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan ruang dan masa untuk terus bernafas di bumi Allah yang indah ini.
mengimbas kembali sejarah, hari pertama di Trolak, bertolak dr KL pukul 6 pg..mak, ayah, jafni, akak, zaki, cicit and hakimi menghantar ke maktab.dah ghupe student daftar masuk asrama hehe.tp tak kisahlah, seronok ape.tp perjalanan mendaftar tidak selancar yg disangka, maka my family sempat sekejap jek menikmati panorama maktab yang sangat luas dan besar punye!!! bak kata jafni, "abg kagumla dgn sekolah tu" (menurut cerite kak da). umi hariah dan abah pun ade sekali menghantar. dekat jek ngn umah cik ifa kite,4 km jek. maka kami semua ditempatkan di asrama,rumah warden. 1 rumah 2 org duduk..tp ghumah die beso yang amat,mmg gerun klu tinggal seorang. sebenarnya, kami bukan warden, tp sekadar duduk di rumah warden buat sementara waktu.begitulah yg diberitahu pd awalnya..
kemudian, tetibe kami dilantik menjadi warden.ramai beb..25 org.tak penoh dalam sejarah aku sekolah wardennye seramai itu hehe. tp tak kisahla,makan percume..jalan...hehe.pejam celik pejam celik, kami semua pun dah jd semakin rapat,bak kate cha a, blh buat persatuan guru baru hehe. then dipendekkan cerite (pasal aku dah ngantok dan penat)..ketua warden kami yg otai dah balik,maka dimaklumkan bahawa 3 org drpd kami sahaja yg diberi mandat memegang jawatan warden termasuklah aku huhu. yg lain pembantu warden, dgn kate lain duduk di asrama utk membantu mengawal student. tak kisahla tu..
tp tugas seorang guru, ustazah dan warden sangat2 berat jika digabungkan sekali. guru tugasnya di sekolah, membuat lesson plan, menyediakan bahan belajar dan perlu sentiasa kreatif because it is not easy to teach gifted and talented students.kena ade aktiviti supaya pelajar tidak mengantok dan yang paling penting tidak bosan.
bersambung..... (aku dah ngantok daa...)

Selamat Hari Lahir Mak..!!

rasenya masih belum aku nak masukkan entry.entry ni khas buat mak tersayang..tanggal 22 feb, mak menyambut ulangtahun yang ke-57 tahun.pagi2 lagi aku dah call mak, nak wish..tp aku bercakap tak sampai pun 5 minit..sebak di dada bile dgr sore mak, tak thulah kenapa..matbe sbb aku jauh kot hehe.hari2 merindui mak dan ayah..tp takleh nak cakap, klu cakp mesti sebak..bergenang jek air mata..that's why aku takleh call,,tp bimbang jgk mak berkecil hati sbb tak call..bukan lupe atau sibuk, tp mmg takleh dgr sore mak huhu..
anyway, ucapan terima kasih buat mak tercinta di atas kasih-sayang yang tiada tara dan tolok bandingnya..takdek siapa yang boleh menandingi kasih-sayang mak..semoga mak sentiasa sihat, murah rezeki, sentiasa tenang di bawah rahmat dan kasih Ilahi..SELAMAT HARI LAHIR MAK....

p/s: juga ucapan hari lahir kepada shidah (10 Feb),nawa (12 Feb..same with me hehe), kimi (13 Feb) abg wan (16 Feb) and kak na (twenty something of February..lupe daa..hehe)..sanah helwah everybody..