29 January 2010

Bingkisan Buat Sahabat-sahabatku...

Sahabat..
Persahabatan yang telah kita jalinkan..
Mahal harganya..
Lebih mahal dari segala harta yang ada di dunia ini..

Namun..
Tanpa kita sedar..
Tali ukhuwah yang kita bina semakin longgar..
Mungkin masa,tempat dan keadaan buat kita lupa dan leka..
Masing-masing sibuk dgn masa depan sendiri..

Hati tidak lagi lagi bertaut seperti dulu..
Mulut tidak lg menegur dan memuji spt dulu..
Nama-nama sahabat semakin padam dlm doa kita..
Apa yang tinggl hanyalah kenangan..
Kenangan yang hanya muncul di benak fikiran sekali-sekala

Berdoalah sahabat..
Agar jalinan yg dibina utuh kembali..
Berdoalah sahabat..
Agar ukhuwah yang kukuh Allah rahmati...
Berdoalah sahabat...

Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..
Telah berkumpul kerana mengasihiMU..
Bertemu dan patuh kpd perintahMU..
Bersatu memikul beban dakwahMU..
Hati-hati ini tlh mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMU..
Maka Ya Allah..
Eratkanlah ikatannya..
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah hati-hati ini jalanMU..
Tunjukkanlah hati-hati ini dgn cahaya RabbaniMU yg tidak kunjung malap...
Lapangkan hati-hati dgn limpahan iman&keyakinan..
Ya Allah..
Jika engkau mentakdirkan mati..
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai syuhada' dlm perjuangan agamaMU..
Perkenankanlah Ya Allah..
Amin..


Semoga kita semua menjadi TEMAN di syurga kelak..
Amin..

26 January 2010

Alhamdulillah..dilema terungkai..kusyukuri nikmatMU YA ALLAH..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,semalam aku telah mendapat berita gmbira..sesuatu yg ditunggu-tunggu selama 10 bulan akhirnya tercapai..alhamdulillah,setelah berpuluh-puluh interview yg aku hadiri,semalam aku mendapat hasilnya..segala syukur dan puji ku panjatkan untuk Allah,Rabb yang Maha Kaya dan Maha Memberi Rezeki..

Rezeki..sesuatu yang pasti dari Allah..cuma manusia sahaja yg sering berkeluh-kesah dengan rezeki yg Allah kurniakan.bila yg diterima tidak sama spt yg dihajati,seringkali manusia lupa dgn rase syukur kepadaNYA..aku sendiri tidak terkecuali..Selama 10 bulan tidak bekerja,menjadi penganggur,hanya Allah sahaja yang tahu hati dan perasaan aku..kadang-kadang rasa mcm nak marah,kadang-kadang rase mcm nak nangis,kadang-kadang lebih teruk lg rase mcm berputus-asa..teruk kan..??

teringat waktu ifa (sahabat baikku) memberitahu die dapt kerja di putrajaya..Ya Allah,masa tu hanya Allah yg tahu perasaan ni..seminggu tak lalu makan,tak dapat nak tidur mlm,.air mata mengalir jek,tak dpt nak tahan..tibe2 mengalir.tu semua sebb risau tak dpt kerja lagi sedangkan org lain dah dapat..nak2 lg kawan baik sendiri..terasa mcm beban kat dada ni..rase berat..seminggu memujuk hati sendiri..apa yg org ckap,mcam angin lalu jek..tak masuk dan menusuk dalam hati..seminggu taknak bercakap..sampai mak dan ayah pun tak thu nak ckp ape dah..memujuk hati sendiri,bahawa itu rezeki dia,rezeki aku tak sampai lg..teringat kak da cakap"sabar,rezeki awak ada..cuma lambat atau cepat jek"..lega hati sedikit..aku pujuk hati berusaha lagi,hantar borang sebanyak mungkin,print resume..duit,tak payah nak kiralah brp banyak yg habis..alhamdulillah,dlm 3 bulan mcm tu aku dapt jd cikgu ganti,tp hati masih tak tenang..tulah,manusia..tak pernah bersyukur dgn apa yg ada..aku sering merasa tidak puas selagi tidak mempunyai kerja yg tetap..

selama 10 bulan,aku tak tidur lena kecuali waktu kerja sebagai guru tempoh hari..mungkin kerana terlalu letih,tidur pun mudah jek..tp di waktu2 lain,mmg susah nak melelapkan mata..teringat nasib diri..kenapa susah sangat nak dapat kerja??interview dah banyak aku pergi tp satu pun tak lekat..kenapa org lain senang nak dpt kerja??kenapa itu?kenapa ini??setiap kali,ada kwn2 yg dapat kerja,mesti rasa down..tambah-tambah,bukan senang utk mendapat pekerjaan di zaman sekarang..tak tahu nak buat ape..seringkali kak da ingatkan aku "sabar,itu rezeki die..".aku pujuk diri sendiri dgn perkataan "rezeki" tu,cuma kadang2 perkataan tu dah jadi kebal..dah tak terkesan dgn diri..astaghfirullah.."Ya ALLAH,ampunkan hambaMU ini di atas kealpaan dan rasa tidak syukurku atas rezeki dan kurniaanMU Ya ALLAH..".

Alhamdulillah,akhirnya tercapai cita-cita aku nak jd seorang pendidik..alhamdulillah,rezekiku yang datangnya dari Allah telah sampai padaku..alhamdulillah,doa serta harapanku Allah dah makbulkan..alhamdulillah,Allah teguhkan hatiku dan lindungiku dari rasa putus asa..alhamdulillah,Allah kurniakanku keluarga yang sgt memberi sokongan dan Allah hadiahkan aku seorang sahabat yang sangat baik dan memahami aku..Alhamdulillah..ku syukuri nikmatMU..

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yg memberi sokongan kepada aku..mak dan ayah tersayang atas doa dan sokongan..abang2,kakak2 serta adik2ku yang menjadi sumber kekuatan..terima kasih atas segala nasihat dan dorongan,kepada sahabat baikku sendiri atas nasihat,dorongan dan sumber kekuatan ketika rase putus asa menjelma di lubuk hati..terima kasih semua atas doa dan dorongan kalian..

Nasihat abangku "jangan lupa memandang rumput yang menjalar ketika mendongak ke langit"...insyaAllah,aku tidak akan lupa asal-usul diriku..aku takkan lupa jasa yang begitu besar daripada mak dan ayahku..doaku,semoga Allah jauhkan aku dari sifat takbur,bongkak,sombong dan riak..semoga Allah sentiasa tanamkan dalam hatiku rasa syukur dan berterima-kasih..Semoga Allah lindungi dari sesuatu yang bisa menjadikan aku hamba yang lalai dan alpa..semoga Allah tanamkan dalam hatiku sifat ikhlas dan jujur dalam segala yang aku lakukan..Semoga Allah redhai segala nikmat dan rezeki yang aku perolehi..Semoga aku sentiasa taat padaNYA tatkala susah mahupun senang kerana dariNYA sahajalah datang segala rezeki..Semoga taatku itu nanti membawa redhaNYA untuk menuju syurgaNYA...amin..

Kepada semua..jangan biar rasa putus asa menguasai diri kerana yakinlah bahawa rezeki Allah ada di mana-mana..berserahlah kepadaNYA dengan segala keyakinan..Allah berfirman:"Barangsiapa berserah diri kepada Allah,maka baginya akan dicukupi oleh Allah.Sesungguhnya Allah adalah dzat yang menympaikan perkara manusia dan Allah benar-benar mampu menjadikan sesuatu".Bersabarlah,kerasa kesabaran itu ada hasilnya kelak..teruskan berjalan dan berjuang semua..

24 January 2010

happy birthday abg adik..

kek makjang beli hehe

abang kate kek ni sedap..

kereta adik fadlin..hadiah dr mak n abah

hadiah fadlan..


makcik bertungkus lumus bukak kek hehe


ptg tadi sambut hari lahir adik abg ke 8..dah beso dah anak buah makjang ni..untuk besday kali ni due2 dpt hadiah kereta control yg dah lame diminta hehe.tok pun de bg hadiah,baju sorang sehelai..
ape2pun,makjang doakan abg adik akan menjadi anak yang soleh..belajar memolek k..
ni antara gambar2 yg sempat diambil td..

22 January 2010

Be Strong My Dear Sis!!

Malam td kami sekeluarga(tak semuala) menhantar abg balik ke German.alhamdulillah,br sebentar td abg mesej ayah kata dah sampai di Frankfurt..semoga abg selamat sampai dan sentiasa dipermudahkan segala urusan di sana..
malam td lebih kurang pukul 11.45 mlm adik Najhah telefon cicit(adik aku sorang lg)..memang kami dah berjanji untuk berjumpa dgnnya di KISAS hari sabtu ni..siap pesan gulai ikan patin masak tempoyak..hehe.masa die telefon,tibe2 die nangis..katenya tensen belajar..tahun ni adik akan menjalani peperiksaan besar..SPM..
adik aku ni istimewa sket..sedari kecil die mmg seorang yang cepat faham..kecik2 lagi dah pandai bercakap,org pahang kate mmg homehla mulutnya..suke berlakon depan cermin hehe.masuk sekolah rendah,die mmg seorang murid yang cemerlang..boleh dikatakan setiap acara kurikulum akan disertainya..bahas,nasyid,tahfiz,tilawah,pidato mcm2la..sampaikan mak aku bimbang akan menganggu peperiksaan UPSR..tp ternyata adik aku berkebolehan(kembangla tu).alhamdulillah,5A dalam genggamannya dan dinobatkan sebagai tokoh murid.mak dan ayah mmg sngt banggalah dgn die..(kami pun same dik..taknak tunjuk jek hehe).sekolah menengah die ke SMK Seri Bera..di sana,sama mcm semasa die di SK Kumai..macm2 acara disertai.namun alhamdulillah,die masih boleh skor 9A dalam PMR..die ditawarkan tempat di KISAS.kalau ikutkan mak dan ayah,mereka tak sanggup utk berjauhan dgn adik..teringat mase mule2 anta adik ke KISAS,mak nangis berpisah ngn adik..tp adik aku ni seorang yg kuat.die tekad utk bersekolah di sana..masa mula2 die ke sana,aku sempat pesan ngn die supaya kuat,tabah sbb KISAS tak sama dgn SMK Seri Bera..sangat berbeza..aku suke bila adik di sana..biar die belajar berusaha dgn lebih gigih dan aku percaya adik aku boleh..
cume smlm bile dgr die nangis dn mengatakan die tension belajar,aku tergerak utk menulis post ni khas utk die..

Adik..
Terlebih dulu adik kena tanamkan dalam hati adik bahawa kami semua sayangkan adik..kak ja pun sayangkan adik..walaupun kak ja selalu marah-marah,suruh baca buku,suruh buat kerja sekolah..itu semua sbb kak ja sayangkan adik..kak ja tahu adik seorang yang tabah,adik seorang yang tak mudah berputus asa..

Kak ja tahu apa perasaan bile rasa susah hati dalam belajar..kak ja juga pernah menjadi pelajar macam adik..cuma satu kak ja nak ingatkan adik,adik beruntung ditempatkan di kalangan mereka yang cemerlang..itu dah menunjukkan adik juga seorang yang cemerlang..jangan jadikan ia sebagai satu halangan untuk adik berjaya,malah jadikan ia sebagai satu cabaran dan penguat semangat adik untuk berjaya..jika orang lain boleh,kenapa tidak adik..gunakan segala peluang yang ada untuk ke arah kecemerlangan..cuba perbaiki segala kelemahan secaramana yang adik termampu..banyakkan latihan,practice makes perfect right??cuba buat perkara yang menjadikan kehidupan adik sebagai seorang pelajar menyeronokkan..

Di sana adik punya ramai sahabat..kadang-kadang bila kita berjauhan dengan keluarga,sahabatlah tempat kita berkongsi segalanya..pilihlah sahabat yang boleh memandu adik ke arah kejayaan,yang boleh berkongsi suka duka..buangkan segala perkara2 negatif yang ade dlm diri adik,fikir secara positif..bila dimarahi guru,fikir secara positif.cuba ubah apa yang salah..jangan jadikan ia pelemah semangat adik..

Yang paling penting dik,ingatlah bahawa doa kami sentiasa mengiringi adik..doa mak ayah tak pernah putus2 untuk adik.kak ja tak pernah lupa mendoakan adik,dan kak ja yakin kakak2 dan abg2 adik yg lain pun sama..Adik masih punya masa untuk memperbaiki segala kelemahan diri..jangan paksa diri adik,buatlah semampu yang adik boleh..selagi adik mampu,jangan letakkan putus asa sebagai penghalang usaha adik..jangan sesekali adik berputusd asa..jika terasa lemah,cuba bangkit semula..kak ja yakin adik pasti berjaya..cemerlang bagi kak ja bukan dinilai dari segi A1,cemerlang bagi kak ja adalah bila adik berjuang tanpa pernah rasa putus asa..berusahalah dan akhirnya serahkan segalanya pada ALLAH kerana DIA yang mengetahui apa sahaja yang terbaik untuk kita..teruskan berjalan dan berusaha kerana pada akhirnya kita akan bertemu jua apa yang kita harapkan..InsyaAllah..

Kuatkan semangat adikku...

adik,abg masani,cicit and kak da

18 January 2010

Perlu Ke Ada Blog??

Sebenarnya ada seseorang pernah tanye aku soklan ni..mase tu aku hanya jwb."saje.."..jawapan standard bile tak tahu atau malas nak jawab..actually waktu aku sek men naik ke matrik,aku suke menulis..kadang2 aku tulis sajak..hey!jgn tak percaya tau..hehe.tp ble aku masuk Gombak,kemahiran tu lama-kelamaan hilang,tp minat masih ade..bile masuk zaman IT ni,bukan nak kate ape,aku mmg gile dgn komputer,internet..jdnye,satu hari tu aku terjumpe pasal blog ni..tak pk panjang pun,aku terus jek buat akaun..maka tercetuslah bintuyunus.blogspot ni..mase tu aku di tahun ke-3 kot kat gombak..tak ingat,dah lame..then,satu hr de sorang sir aku ni duk citer pasal blog..die kate buat ape nak citer hal peribadi kat org..then,bile aku pk2 balik,ha ah,betul jgk..jdnye,aku pernah delete blog aku nih..lama tak lama jugakla,then aku buat balik..ntahla,aku suke nak menulis..aku mengakule mmg aku tak pandai nak berkarya bahasa indah2 dalm blog,tp aku suke menulis..dan sebenarnye,inilah satu care aku nak meluahkan ape yg terbuku di dada..jdnye aku create blk blog aku ni..bile org tanye "de blog ke"?aku akan jawab.."ade..tp blog bodo2 jek.."..bukan maksud aku memperlekehkan blog aku sendiri,cume nak kate blog tu takdek ape yg menarik pun..citer pasal suke duke kehidupan sendiri..blog tu aku buat utk diri aku sendiri..untuk kepuasan hati sendiri..tp dlm mase yg same,ade jgk kesannya kat aku..2 kali aku interview,panel tu tanye..ape kemahiran komputer yg aku de..aku jwable,dan salah satu kemahirannya..aku de blog sendiri.maksudnya,sedikit sebnyak aku ikut perkembangan teknologi..2-2 kerja tu aku dpt,tp aku kn pilih salah satu jek..sedikit sebanyak membantu..
so,kesimpulannya,,aku suke nak menulis..cuma aku masih jauh untuk sampai ke tahap menulis secara ilmiah yang boleh dikongsi dgn org lain..sekali sekala boleh,tp ilmu aku sgt nipis..amat sedikit..insyaAllah,mungkin mase2 akan datang bintuyunus.blogspot akan jd salah satu blog ilmiah yang disegani ramai..(bilekah agaknye tu?hehe)..

7 January 2010

selamat hari lahir abg...

di kesempatan ini,aku nak ucapkan selamat hari lahir buat abg aku yg sulung..Abdul Masani Bin Mat Yunus yang ke 35 thun kot..tsk ingat hehe..semoga abg panjang umur,murah rezeki,diberkati Allah walau di mana abg berada..terima kasih kerana banyak sangat membantu org waktu belajar sampaile skarang..jasa abg tu tak dpt org balas sampai bile2..hanya doa sahaja yang dapat org iringkan buat abg..doakan kami adik2 abg ni berjaya dunia akhirat..Selamat Hari Lahir Abg...

SMA Chenor..Dari papan ke batu??

alhamdulillah pagi td berpeluang ikut mak ke chenor,pekan sehari..mak mmg rajin pg pekan sar chenor,kekadang jek aku and cicit ikut..pg td rase cam nak ikut..lagipun dah lama tak jupe che teh and nak anta frame gambo ifa..(tak sampe2 ke tgn ifa..jauh dah merantau frame tu hehe)..sampai pekan sari macam2 le beli..maklumle murah kat sane..aku rase klu org KL dtg chenor mmg gilele diorang shopping..woi,terung 1 pinggan seringgit jek..mane dpt kat KL hehe..yela nama pun kampung,sayur2 kampung pun banyak..best..dah sudah beli singgah umah maklong kat kg Machang Gelap(kg ayah aku) jupe maklong..alhamdulillah sihat lg maklong,sakit lutut je katenya..biasala bile umur dah begitu..kite besok macam mnele nasibnya pulak kan..then,g umah che teh kat KG Pantai(kg mak aku),sihat jgk..alhamdulillah..sampai2 abg cik tgh menyapu sampah(rajin ghupenya anak teruna che teh ni)hehe..lepas makan2,then g jupe tok kat sebelah uma then kitorang bertolak balik umah.. (ni baru intro daa..tak sampai lagi isi penting hahaha..so,bacele lagi sampai sudah..)

ok..nak citer pasal sekolah aku dulu..SMA Chenor..uih,bukan main dah beso skarang..untuk pengetahuan semua ex-SMAC sekolah kite dah nak bina bangunan sekolah baru dengan kate lain bangunan batu dan simen..tak lama lagi takdeklah agaknya bangunan papan kite yg banyak berjasa tu(memandai jek aku hehe)..tp rasenya betullah kot..untuk pengetahuan semua, sekolah aku dulu sekolah papan jek..blh dikategorikan semekinla jgk waktu aku sekolah dulu..sempatla aku merasa duduk asrama papan,tp seronok..tp mase aku form 5 dah dpt asrama baru,then budak laki pindah duk hostel puteri sbb hostel diorang tunggu nak roboh jek hehe.masa aku tamat sekolah pun,bangunan sekolah masih kekal cuma dah diserikan dengan cat2 yang menarik perhatian..cantikle sket,tidokle suram jek..then pg td aku lalu, bangunan pejabat yg dl tempat aku duk menukar countdown PMR,SMA n SPM juge tempat aku dipanggil guru disiplin (jahat aku ni dl..maklumle jiwa remaja hahahaha) dah runtuh.aku ingat nak buat bangunan pejabat baru,ghupenya nak buat bangunan sekolah baru..maybe kelas nnti kat situla kot..
actually bangunan papan banyak meninggalkan kenangan..kat situla tempat bertenggek terang2an yg jenuhla kn sound dgn ustaz din, kat situla tempat study,belajar,prep malam,prep petang,dewan bile buat majlis(ni open sesame punye dewan..ala yang dinding kelas boleh lipat pastu tolak tu..),tempat adek badek berjumpe..tempat hat yg berchenta dating pastu kn cekup ngn ustaz din,tempat pengawasan guard underground time cikgu tak masuk kelas(pastu bile cikgu mai masing2 kecut),tempat ade yang jatuh tangga,tempat skodeng secret admire..macam2 la..alah ni semua citer zaman sekolah dl yg aku pasti semua sekolah gitu (bergantung kpd situasi dan pentadbiran sekolah hehe)..lepas ni dah takdek agaknya bangunan tu..anyway,bersyukur diberi peluang belajar di SMA Chenor dan kenal ramai kawan..syukur dpt menimba ilmu dgn sempurna atau dengan kata lain cukup kelengkapan kerusi meja,makan pakai,syukur dapat merasai bnyak kenangan pahit manis zaman remaja..yang boleh dijadikan pengajaran dan pedoman..alhamdulillah..

nile gambo yg sempat aku snap td..amek dr dlm kete jek,tgh bergerak..mujur dpt jgk aku setting kamera phone aku tu bg cantik sket gambo die..

p/s:kat pekan sehari chenor td terserempak dgn ustazah saodah(cikgu ngaji waktu kat chenor dl) n yoya A.K.A Rohaya Malek(kwn kat sekolah dl)..hehe.lame tak jupe,lebih kurang 7 tahun jgkla..tp she's still the same roha..cume dah rock sket kot hehe(jgn mare aa yoya)..klu die bc le blog ni..rsnya tak th kot kewujudannya hehe..

4 January 2010

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Disiarkan pada Jan 02, 2010 dalam kategori Akidah

** Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.
Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,
Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.
Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.
Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?
Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.
Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.
Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

artikel diambil dari web dr asri zainul abidin...sila klik pada tajuk post untuk link ke website beliau..

3 January 2010

FIRST ENTRY 2010-IMAN HARITH B. ZULKEFLI(03012010)

FIRST ENTRY 2010
Tahniah kak r dan abg lang atas kelahiran baby boy yang ditunggu-tunggu..kan betul tekaan semua orang hehe. ape2 pun syukur semuanya selamat..
Bile dpt MMS dari ifa tadi suke sgt tengok..sangat comel hehe.walaupun tak kompem lg guna nama iman harith tp org dah tulis awal2 la..seronok hehe.Nampak gayenya ade geng le abg lang pasni, dah ade hero sorang..kakak n adik..(opps!takleh panggil adik dah)..ape nak panggil ek??hmm..kak safiyyah..ke kak ngah..hehe..jangan duk buli adik tu ye..
and ifa aku ucap tahniah jugakla kat ko coz sempat jugak ko tengok anak sedara ko hari ni kan..orang tue2 kata, baby lahir waktu pagi tak degil, dengar kata and sangat baik..mesti iman harith nnti baik jek orangnya..lagipun, nama pun dah sedap..iman (percaya) harith (kuat dan bersungguh2)..
anyway..TAHNIAH!!!

nile baby boy nye..comel kan..tp ikut muke sape ek?hehe..ape2lah janji sihat dan comel jek..