26 August 2009

salam ramadhan..

dah lame tak update blog aku nih..maklumle duk kat umah internet yelek..hehe.alhamdulillah, aku skrang kembali bekerja sgb GSTT di SMK seri bera..alhamdulillah rezeki bulan ramadhan..kebetulan aku sent resume ke Cikgu Sapiah, salah sorang cikgu die berenti..cikgu GSTT jgak...terus die panggil aku temuduga..setelah berkejar ke PPD untuk interview, alhamdulillah esoknya cikgu Sapiah cll kte aku dapat ngajar kat situ..subjek Geografi, pen seni and literasi komputer..hmm,bukan bidang aku tp insyaAllah aku akan cuba yang terbaik utk menimba pengalaman mengajar sebanyak yang mungkin..
hari ni dah 4 hari puasa..alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku untuk merasai kenikmatan bulan yang mulia ni..rasenya belum terlambat nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua..same2 kita mengambil dan merebut sebanyak mungkin ganjaranNYA pada bulan yang mulia ini..seronok puase di rumah..bersama mak ayah..kebetulan awal ramadhan ni cuti sekolah, semua ade kecuali abg, kak dayang, kak da n abg wan..berbuke ramai2 meriah jek..buat abg di Muenster, semoga tabah menjalani bulan mulia ini di bumi asing..kami semua di Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan abg di sana..
buat sahabat baikku ifa..tabah dan sabar selalu k dlm mengharungi hidup seharian ifa..org sentiasa mendoakan yang terbaik utk kita berdue..doakan org dpt jgk USIM ya..blh kite jupe hehe..
SALAM RAMADHAN..RAMADHAN KAREEM..

6 August 2009

Amalan Nisfu Shaaban (Bah 3)

Hadith Fadilat Nisfu Sya’ban

Soalan: Apakah terdapat hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu Sya’ban dan amalan yang patut dilakukan?

Jawapan: Ya, terdapat hadith sahih mengenai kebaikan malam nisfu Syaaban, tetapi amalan-amalan tertentu khas untuk malam tersebut adalah tidak sabit daripada Nabi s.a.w. Antara hadith yang sahih mengenai nisfu Sy`aaban adalah:

يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).

Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Amalan Nisfu Shaaban (Bah 2)

Hadis Palsu Rejab, Syaaban

Disiarkan pada Jun 23, 2009 dalam kategori Ibadat |

Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab.

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.

Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.

Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).

Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.

Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”

Mendengar

Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).

Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).

Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Ibadat

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.

Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.

Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”

Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.

Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

By Dr. Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Nisfu Shaaban

baru sebentar tadi akak aku tanya pasal amalan membaca Yasin sebanyak 3 kali pada malam nisfu shaaban, samada ia bid'ah atau tak. aku pun try cari, and ini yang aku jupe..harap2 nya menjawab persoalan akak aku td..

Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Buka link ni

The Partner (Korean Drama)

pelakon-pelakon drama ni
Hero n Heroinnya..

Sekarang ni aku tgh gile tunggu citer ni..The Partner..Citer pasal peguam, yang penting pelakon die si Gong Chan My Girl tu (Lee Dong Wok).walupun ceritenya agak boring, tp aku tengok jgk..kisah peguam, tak dpt jd peguam, dpt tengok citer peguam pun jadilah hehe. besela citer Korea, cinte jek kejenye..tu aku malas sket,same jek citernya..suke kat someone, to ade org lain yang sambar dl..tp aku tengok jekla pasal Gong Chan yang berlakon hehe.

4 watak utama..

Sape2 nak tengok, silakanla.setiap rabu n khamis, pukul 9pm kat saluran KBS World (303) Astro..tengok jgn tak tengok hehe..

H1 N1 (Bah 2)

cerita ni aku dapat melalui email yang aku dapat dari mak mah. aku rasa tak salah aku paste kat dalam blog aku ni untuk berkongsi bagaimana bahayanya penyakit ini. semoga kita semua dilindungiNYA..amiin.


High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...


DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


Marilah kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga..

P/S: nampak gayanye kene mintak kat kak dayang mask la.nak blk pahang sok, takut plak nek train ramai2..

H1N1 (Bah 1)

Sehingga semalam dah 12 kematian akibat wabak H1N1. Kebanyakannya kanak-kanak. Sehingga pagi ini sebanyak 835 kes tercatat di negara kita iaitu sebanyak 562 kes import dan 273 kes tempatan. perkara ini amat membimbangkan menteri kesihatan kita. bukan sahaja beliau, malah seluruh rakyat negara tentu gusar dan bimbang dgn penularan wabak ini.

Aku pun turut merasa bimbang. mintak dijauhkan daripada penyakit ini. Marilah kita amalkan doa ini minta Allah jauhkan kita dari segala bala dan wabak..

Ya Allah, lindungilah aku, keluargaku, sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku dan seluruh umat Islam di dunia ini dan manusia keseluruhannya daripada wabak penyakit ini Ya Allah..Lindungilah kami dari segala bala..Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa menurunkannya dan Kau jua Yang Maha Berkuasa menghapuskannya..Hanya kepadaMu Kami bergantung harap dan hanya kepadaMu sahajalah tempat kami memohon pertolongan..Perkenankanlah doa kami Ya Allah..Istajib Dua'ana Ya Allah..Amiin.

5 August 2009

Tuhan Yang Esa by Inteam

Di dalam cahayaMU Tuhan kuharap petunjukMU..
Di dalam sinaran purnama kumohon keampunan..
Moga terlerailah segala dosa-dosaku..
Moga kujadi hamba yang bersyukur..

Tuhan yang Esa udara yang kuhirup..
Terasa nikmatMU yang menggunung..
Tidak terhitung harga nilaiannya..
Oh Tuhan KAU Pengasih Maha Penyayang..

Oh Tuhan di depan ujian..
Terasa diri ini memerlukanMU..
Kuharap kau lindungi hamba yang lemah ini..
KAU Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun..

Kuharapkan pintu taubatMU terbuka luas..
Untuk hambaMU yang sering leka..
Dengan rahmatMU dan kasih-sayangMU..
KAU ampunilah segala dosaku..
Moga selamat di dunia dan akhirat..

4 August 2009

more edited pictures..






hari tu aku de citer pasal program nak edit2 gambo..namenye LumaPix FotoFusion..senang jek nak gune utk edit gambar simple2..ni lagi antara gambo yang aku dah edit..

3 August 2009

I’m not working anymore…

file's room

satu2nye kertas yg tertmpal kat board aku heh heh

bilik solat..


my pc..

Kadang2 terpikir betul ke keputusan yg aku buat ni..aku tahu ramai agaknya yg mempertikaikan aku benti keje ni dlm keadaan ekonomi skang..terasa seolah2 aku ni mcm menolak rezeki..tapi takdek sape yang rase apa yang aku rase setiap kali aku pg keje, hanya Allah saje yang tahu..aku tensen bkn sbb banyak keje, tp sbb takdek keje..klu ikutkan buat pe plak aku yang susah payah berenti coz bkn salah aku if aku takdek keje.. Tp cube byagkan if dtg keje, 8 jam takdek keje..boring..rase nak balik jek..takut jgk org kate aku ni mkn gaji bute..org lain sibuk buat keje, tp aku..lgpun, aku terdengar ade yng mempertikaikan pengambilan aku coz takdek tugas pun utk aku. Name jek jawatn tu, tp sbnrnya aku tak buat pun jawatan tu..klu org piker lojik, mcm lawak plak tensen sbb takdek keje..tp itula yg aku rase…tambahan pule, ape yg dijanjikan kat aku tak terjadi..6 tahun aku bertungkus lumus belajar, tp tak digunakan pun..bak kate ifa, bile dah keje mmg lain ngn ape yg kite belajar..but bg bidang aku mmg 100% berbeza..so, bg menenangkan hati dan perasaan, aku amek keputusan ni..bkn senang sebenrnya aku nak amek keputusan ni..ramai yg aku mintak pendapat..kak da, kak dayang, ifa, kak cimah, mira, norfaizal n ramai lglah..tp satu yg buat aku tekad, bile aku dpt permission dr ayah..aku terus buat surat resign..tp aku bertekad aku taknak keje camni lg, kecuali mmg betul2 ade keje (bkn dtg keje keje kosong..ape faedahnya kan??).. So, cukupla pengalaman aku selama 3 minggu dlm suasana kerje yg membosankan..but actually, staff2 kat situ bagus2..baik jek sume..tp keje plak ntah pe2..tp bak kate ifa, klu nak keje yang 100% memuaskan hati mmg payahla..bukan aku tak cube, aku cube bertahan..tp aku tewas jgk.. Tapi manusia..kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalihnya..dah kene kat aku peribahasa ni..mmg hati kate taknak..walau dipujuk utk bertahan, die ttp dgn perasaan tu..maybe aku ni keras hati jgk orangnye..anyway, sedikit sebanyak de jgk pengalaman sepanjang keje ni..for kak idura, hamim, mr.zawawi, mr.paul(yg bg aku keje), puan fariza, kak maya, Jages..n staff2 lain thank you..wlupun tak kenal sume n tak mesra dgn sume, thank you very much.. Goodbye..MUST…!!!!

Bukan di pinta..

cermin belakang..berkecai..
minggu lepas banyak kejadian yang berlaku..kejadian yang tak di duga, perancannganNYA yang tak dpt di agak oleh akal dan rase insani..
Baru2 ni aku telah melakukan kesilapan yang besar..aduh,habis kete Viva kak da..ni gara2 tak hati2 la ni. Setelah seharian naik kete jek, singgah beli brg adik, makan dan sebagainya. Ptg tu aku pg anta adik ke KISAS ditemani oleh my bestfren la..dah anta tu, nak blk la ni. Punyela berangan ngn cik ifa nak benti mkn kat mn2..mkn tomyam le..pe lg..tp betulla org tue2 ckp, malang tak berbau..nile akibatnye tak berhati2 n lalai. Tp aku pun taknak mende tu jd. Sebenrnya duk ngelak keta kiri kanan, tp tak perasan kat belakang de sesuatu yang dah menunggu. Rase cam jauh lg tempat sampah tu. Aku pun bajet nak lipat balas kat kete ujung sekali. Tekan le minyak..tup2..BUMM!!!uih..kuat tau bunyi die..habis cermin belakang pecah dgn body sekali kemek..aku mmg btul2 tak perasan..ifa plak besenye if aku undur die tlg tengok sekali, tp yelah mende nak jd..die sibuk ngn nset die plak ms tu..aku dah cuak dah ni..pe aku nak ckp kat kak da ni..malu tak terkata la coz mmg ramai parents waktu tu anto anak2 blk..dgn kete depa beso2..huhu. ifa kate takpe, benti dulu..bg tenang..aku call abg wan n kak da..aduh, sedih aku waktu tu..dahla tak bergaji n kebetulan nak berenti..mane aku nak cekau duit ni coz setahu aku kak da takdek insurans cermin..ifa pun duk call anyah yg keje kat perodua..tp anyah kate bwk blk dl coz hr pun dah ptg..ahad plak tu..sepanjang jln, mmg nyesal tak sudah..tp masih mampu menahan air mate..tp mlm tu waktu msj2 ngn kak dayang n ckp ngn kak dayang, berderai jgk air mate ni..mybe sbb aku dgr kak da nangis b4 tu..rase bersalah sgt..mujur ifa ade waktu tu, tlg pujuk..tp maybe aku rapat ngn kak da, so aku terasa sgt. Tp bile kak dayang bg mesej, “ingat setiap perancangan Allah tu halus, kita manusia tak mampu nak melihat makna yg tersirat..hanya DIA yang mengetahui..”mcm tula lebih kurang..aku lega sket.. tp sedih tu ttp adela..soknye aku tak pegi pun interview MARA..mmg rase rugi, tp aku pujuk hati..mybe takdek rezeki aku kat situ..persediaan dah buat, dah print n fotostat..tinggal nak wat power point n practice jek..konon2nak buat mlm tu, tp tak sangka plak mende ni jd..takpelah..aku redha jek..so, kete VIVA abg wan n kak dad ah anta ke Produa. Seminggu br siap..sib bik blh claim insurans..tidak mn aku yg tak berduit nk cekau seribu lebih nak bayo..tp rase bersalah ngn kak da n abg wan coz aku yang langgar tp diorang yg susah2 ke sana kemari nak uruskan kete tu..

Kepada kak da n abg wan, orang mintak maaf sgt2..mmg org tak sengaja..n thank you so much…

Kepada ifa, thank you coz ade ngan aku waktu tu..tidak tak tahula..

Kepada pakcik n makcik kat KISAS tu (tak tahula ayah n mak sape), yg antara ramai2 yang de kat situ sudi nak menjenguk kete kami, thank you. Ade jgk dlm2 ramai2 insan tu yang dtg menolong wlupun hanya nasihat dan pendapat..